Mengutamakan produk berkualiti, kami terpaksa tampil berbeza dari syarikat pengeluaran produk makanan tambahan (superfood) yang lain.

Tib Safarjal Sdn Bhd adalah anak syarikat MRozie Holdings Sdn Bhd dan juga syarikat yang dilantik sebagai Sole Distributor di Malaysia oleh Herbliss (M) Sdn Bhd selaku pemilik jenama Sihaté.

Kami diberi tanggungjawab untuk membangunkan Ejen atau yang kami gelar sebagai Usahawan MUDA bagi seluruh kawasan di Malaysia.

Usaha kami bersama Usahawan MUDA adalah untuk mendidik masyarakat tentang manfaat pengambilan makanan tambahan untuk amalan seisi keluarga yang terbukti secara saintifik, selamat dan diakui oleh pakar.

Dengan itu, Tib Safarjal hanya memasarkan produk kesihatan yang berdasarkan Tibbun Nabawi, organik, semulajadi dan berkualiti tinggi.

Bagi Usahawan MUDA (ejen) yang bersama kami, pelbagai bentuk latihan yang berasaskan kemahiran dan pengetahuan disediakan bagi membantu usahawan mencapai cita-cita untuk mempunyai perniagaan yang mampu menjana pendapatan jangka masa panjang dan boleh diwarisi.

Penasihat & Pakar Rujuk

Beliau merupakan Pensyarah Kanan Bidang Tafsir, Mukjizat Sains Al-Quran & Pemakanan Sunnah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sering menjadi rujukkan pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan pemakanan dalam Islam. Beliau banyak menjawab salah faham yang berlaku dalam kalangan masyarakat berkaitan pemakanan sunnah. Salah satu caranya ialah dengan mengetengahkan hasil kajian bersama menerusi buku Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam.

  • Kepakaran: Kajian Perbandingan Al-Quran, Al-Quran dan Sains, Kajian Manuskrip, Ilmu Hadis.
  • Kelayakan: B.A.(Hons.)(Yarmouk), M.I.S.(UKMalaysia), Ph.D(Malaya).
Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah,
Pensyarah Kanan Tafsir, Mukjizat Sains al-Quran & Pemakanan Sunnah, UKM. Penulis buku Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam.

Penanda Aras Bagi Setiap Produk yang Dipasarkan

  • Terbukti Secara Saintifik

Setiap produk yang dikeluarkan adalah berdasarkan bahan asas yang terbukti secara saintifik mempunyai pelbagai khasiat dan disokong dengan kajian serta jurnal perubatan yang berkredibiliti.

  • Selamat Untuk Diamalkan

Setiap produk yang dikeluarkan akan melalui beberapa siri ujian makmal kerana ia perlu memenuhi beberapa indikator yang telah ditetapkan bagi memastikan produk tersebut asli dan selamat.

  • Diakui Oleh Pakar

Setiap produk yang dikeluarkan juga akan melalui siri diskusi serta semakan daripada pakar bidang dan ahli akademik yang berautoriti. Semua hasil ujian makmal yang diperoleh akan dirujuk kepada mereka.

Produk yang Memenuhi Piawaian serta Pengiktirafan oleh Badan Kerajaan dan Antarabangsa.

Minyak Zaitun Extra-Virgin

Perahan pertama dari sebuah ladang bersejarah sejak 1799 yang diwarisi dari generasi ke generasi di Turki. Organik, tuaian awal & perahan sejuk.

Madu Bunga Habbatus Sauda

Penghasilan madu asli dari ladang ternakan lebah di Turki. Lebah menghisap nektar bunga Habbatus Sauda yang tumbuh liar di kawasan pergunungan.

Minyak Habbatus Sauda

Perahan minyak di Turki dari bijian Habbatus Sauda segar. Tanpa sebarang campuran pewarna, bahan pengawet, pengganti rasa atau minyak lain.

Jenama Pilihan Ribuan Pengguna di Malaysia

4.5 dari 5 pengguna telah merasai perubahan yang positif menggunakan produk keluaran Sihaté. Sebahagian dari mereka sudi berkongsi pengalaman.

“Saya penggemar sukan berbasikal ekstrim. Sejak sekian lama suppliment saya adalah minyak zaitun Sihaté. Alhamdulillah.”

En Zakaria
“Saya dah cuba macam-macam jenama dan baru mencuba minyak zaitun Sihaté. Rasa best, tak pahit. Saya sangat berpuas hati.”

Pn Norsiati Yaacub, Pasir Mas
“Saya dah minum nak habis sebotol. Satu sudu pagi dan satu sudu malam. Rasa lebih sihat. Rasa lebih bertenaga. Sangat bagus!”

En Sidry
“Produk keluaran Sihaté telah mendapat verifikasi menyeluruh dari pengilangan, pengeluaran hingga berada di dalam pasaran.”

En Sayed Munawar, Pengacara TV RTM selama 23 tahun.
“Pengalaman bersama pasukan Sihaté di Turki memberikan satu dimensi yang sangat berbeza. Ekosistem mereka sangat baik dan memenuhi piawaian dunia untuk menghasilkan produk terbaik. Saya sendiri mengamalkan produk keluaran Sihaté setiap hari kerana yakin dengan keaslian produk mereka.”

Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Pensyarah Kanan Tafsir, Mukjizat Sains al-Quran & Pemakanan Sunnah, UKM. Penulis buku Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam.

MAKANAN TAMBAHAN BUKAN UBAT: Hasil mengamalkan makanan tambahan adalah pelbagai dan berbeza mengikut individu. Ia bergantung terhadap pelbagai faktor seperti cara penggunaan, gaya hidup dan sebagainya.

Tips dan Perkongsian Sihat

Layari blog kami untuk membaca tips dan perkongsian berkaitan amalan pemakanan dan gaya hidup sihat. Kongsikan jika bermanfaat. :)

Daftar Newsletter Kami

Ingin dapatkan tips dan perkongsian dari kami dengan lebih mudah dan cepat? Daftarkan email anda ke dalam Newsletter kami.

Daftar Newsletter Kami

Ingin dapatkan tips dan perkongsian dari kami dengan lebih mudah dan cepat? Daftarkan email anda ke dalam Newsletter kami.